Tuesday, March 13, 2012

manhaj abu amru

Manhaj (cara) bacaan Abu `Amru:

I. Membaca Basmalah dan tanpa Basmalah (saktah wasol) antara dua surah kecuali antara surah al-Anfal dam surah at-Taubah (tanpa Basmalah).
Dalil as-Syatibi dalam bab Basmalah:
وصل واسكتن كل جلا ياه حصلا   ولا نص كلا حب وجه ذكرته

2.            Menghazafkan alif pada kalimah ( مالك ) di dalam surah al-Fatihah menjadi    (ملك)
Dalil as-Syatibi dalam bab Ummul Quran:
وملك يوم الدين راويه ناصر


3.            Apabila mim jama' bertemu dengan dengan hamzah wasol dan selepasnya terdapat huruf yang berbaris sukun
dan sebelum mim jama' ada huruf ha', dan sebelum huruf ha' ada huruf ya yang berbaris sukun atau huruf yang berbaris bawah, maka bacaan Abu akan membarisbawahkan (7) huruf mim jama' tersebut. Contoh:
عَلَيهِمُ القِتَال             kepada عَلَيهِمِ القِتَال
                              
بِهِمُ الأَسْبَاب             kepada بِهِمِ الأَسْبَاب
إليهمُ اثنتين              kepada اليهمِ اثنتين
                              
وأخذهمُ الربوا         kepada وأخذهمِ الربوا
Dalil as-Syatibi dalam bab Ummul Quran:
وبعد الهاء كسر فتى العلا   مع الكسر الهاء او الياء ساكنا

4             Idgham Kabir
A)           Idgham terbahagi kepada dua iaitu soghir (kecil) dan kabir (besar).
B)           Idgham kabir (besar) ialah apabila dua huruf berbaris.
C)           Idram soghir (kecil) apabila huruf yang pertama sukun dan yang kedua berbaris.
D)           Bacaan Idgham kabir hanya diriwayatkan dan dibaca oleh Susi sahaja dan tidak dibaca oleh Duni.
E)            Susi hanya membaca Idgham kabir yang terdapat dua huruf yang sama di dalam satu kalimah pada dua tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu:
مَنَاسِكَكُم   dibaca مَنَاسِككُّم dalam surah al-Baqarah dan سلكَكُم ما  menjadi  سلككُم ما dalam surah muddasir
Dalil as-Syatibi dalam bab Idgham Kabir:
ودونك الأدغام الكبير وقطبه   ابو عمرو البصري فيه تحفلا

F) Susi. membaca idgham kabir apabila bertemu 2
huruf yang sama (mislain) dalam dua kalimah.
Contoh :
يعلمُ ما     dibaca   يعلم مَّا
فيهِ هُدى  dibaca   فيه هُّدًى
Jika sekiranya pada kalimah yang pertama itu ada huruf mad asli atau mad lin, maka dibolehkan untuk membaca dengan tiga cara iaitu 2 harakat, 4 harakat atau 6 harakat seperti cara mad a'rid lisukun.

Dalil as-Syatibi dalam bab Idgham Kabir:
وما كان من مثلين فى كلمتيهما   فلا بد من ادغام ما كان اول

G) Susi tidak akan membaca dengan idgham kabir pada empat perkara berikut :
i.             Jika huruf yang pertama di dalam 2 kalimah adalah
huruf ta’ mutakallim.
Contoh: كنتُ تُرابا 
ii.            Jika huruf yang pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf ta’ mukhotob.
Contoh:
تكره الناس أفأنتَ
iii.           Jika huruf yang pertama di dalam 2 kalimah bertanwin.
Contoh: واسعٌ عليهم
iv.           Jika huruf yang pertama di dalam 2 kalimah bertasydid.
Contoh:   فتمَّ ميقات 
Dalil as-Syatibi dalam bab Idgham Kabir:
اذا لم يكن تا مخبر او مخاطب   أو المكتسى تنوينه أو مثقلا

H) Susi juga membaca idgham kabir apabila bertemu huruf yang sama makhrajnya (mutajanisain) dan huruf yang berdekatan (mutakoribain) dalam dua kalimah.
Contoh:   Mutajanisan
  فى المساجدِ تِلك dibaca  فى المساجد تِّلك
Mutakoribain: وشهِد شَّاهد dibaca  وشهدَ شَاهد

Dalil as-Syatibi dalam bab Idgham Harfaini Mutaqpribaini fi Kalimah wa fi Kalimataini:
وإن كلمة حرفان فيها تقربا   فإدغامه

I) Susi tidak akan membaca dengan idgham kabir mutajanisain dan mutakoribain pada empat perkara berikut:
i.             Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah bertanwin. Contoh:فى ظلمتٍ ثلث
ii.            Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf ta’ khitob
Contoh: خلقتَ طينا
iii.           Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah majzum. Contoh:ولم يؤْت سعة
iv.           Jika huruf pertama di dalam 2 kalimah bertasydid. Contoh: أشدَّ ذكرًا
Dalil dari asSyatibi dalam bab Idgham Harfaini Mutaqoribaini fi Kalimah wa fi Kalimataini:
اذا لم ينون او يكن تا مخاطب  وما ليس مجزوما متثقلا


5. Bab Mad
A) Mad Muttasil – Abu Amru membaca dengan 4
harakat.
Contoh:جاء
Dalil as-Syatibi dalam bab al-Mad wal Qasr:
اذا الف او ياؤها بعد كسرة  او واوعن ضم لقي الهمز طولا


                B) Mad Munfasil - Dun Abu Amru membaca dengan 2 dan 4 harakat ) manakala Susi membaca dengan 2 harakat sahaja.
Contoh:يأيها
Dalil as-Syatibi dalam bab Mad wal Qasr:
فان ينفصل فالقصر بادره طالبا  بخلفهما يرويك درا ومخضلا


6. Apabila terdapat dua hamzah Qato' dalam satu kalimah, maka Abu `Amru akan membaca dengan tashil pada hamzah Qato' yang kedua dan idkhol pada hamzah Qato' yang pertama.
Contoh:ءأنذرتهم
Dalil tashil daripada as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimah       
وتسهيل اخرى همزتين بكلمة  سما


Dalil idkhol daripada as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimah
 ومدك قبل القتح والكسر حجة  بها لذ
Seandainya hamzah Qato' yang pertama berbaris atas dan hamzah Qato' yang kedua berbaris depan, maka Abu `Amru akan membaca dengan 2 wajah iaitu Tashil tanpa idkhol dan Tashil dengan idkhol
Contoh: أؤنبئكم

7. A) Apabila terdapat dua hamzah Qato' yang sama barisnya dalam dua kalimah samada baris atas, baris bawah, atau baris hadapan, maka Abu Amru akan menggugurkan hamzah Qato' yang pertama.
Contoh:
 Baris atas: جاء أمرنا Baris bawah :من السماء إن  Baris depan :اولياء اولئك
Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini:
واسقط الاولى في اتفقهما معا  اذا كانتا من كلمتين فتى العلا
* Apabila telah digugurkan hamzah yang pertama
maka hukumya juga bertukar dari mad muttasil kepada mad munfasil. Maka kembali kepada kaedah membaca pada hukum mad munfasil untuk Duri dan Susi.
B) Apabila bertemu dua hamzah Qato' yang
berbeza barisnya di dalam dua kalimah, maka Abu `Amru akan membaca seperti berikut :

 I.                    Jika hamzah yang pertama berbaris atas
dan hamzah kedua berbaris bawah seperti
maka Abu `Amru akan membaca dengan
tashil hamzah yang kedua. Contoh: تفئَ إِلى
ii.            Jika hamzah yang pertama berbaris atas
dan hamzah kedua berbaris depan seperti maka Abu `Amru akan membaca dengan tashil hamzah yang kedua. Contoh:    جاءَ أُمة 

iii.           Jika hamzah yang pertama berbaris depan dan hamzah kedua berbaris atas seperti maka Abu `Amru akan membaca dengan ibdal hamzah yang kedua. Contoh: السفهاءُ أَلا
iv.           Jika hamzah yang pertama berbaris bawah dan hamzah kedua berbaris atas seperti, maka Abu `Amru akan membaca dengan ibdal hamzah yang kedua kepada huruf ya. Contoh: من السماءِ أَوائتنا
v.            Jika hamzah yang pertama berbaris depan dan hamzah kedua berbaris bawah seperti (يشاء الى)              maka Abu `Amru akan membaca dengan dua wajah, iaitu:
a)            Tashil hamzah yang kedua.
b)           Ibdal hamzah yang kedua dengan wau
Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini:
وتسهيل الأخرى فى اختلافهما  سما تفئ الي مع جاء امة

8. Dalam bab Hamzah Mufrad, Susi akan mengibdalkan
huruf hamzah sama ada yang terletak pada wazan fa
feel atau ain feel atau lam feel. Contoh:    يؤمنون menjadi  يومنون

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzah Mufrad:
ويبدل للسوسي كل مسكن  من الهمز مدا غير مجزوم إهملا

 9.Bab idgham soghir
A) Apabila huruf zal yang sukun pada
kalimah (إذ) bertemu dengan enam huruf berikut
yang berbaris iaitu(ج, س, د, ص, ز, ت)     maka Abu
`Amru akan mengidghamkannya.

Dalil as-Syatibi dalam bab Dzal Iz:
نعم إذ تمشت زينب صال دلها  سمي جمال واصلا من توصلا
فإظهار ها اجرى دوام نسيمها  اظهر ريا قوله واصف جلا
وأدغم ضنكا واصل نوم دره  وأدغم مولى وجده دائم ولا
B) Apabila huruf dal yang sukun pada
kalimah (قد) bertemu dengan lapan huruf berikut
yang berbaris iaitu(ش, ص, ج, ز, ظ, ض, ذ, س) maka
Abu `Amru akan mengidghamkannya.
Dalil as-Syatibi dalam bab Dal Qad:
وقد سبحت ذيلا ضفا ظل وزنب  جلته صباه شائقا ومعللا
فأظهارا نجم بدا دل واضحا  وأدغم ورش ضر ظمان وامتلا
وأدغم مرو واكف ضير ذابل  زوى ظله وغر تسداه كلكلا
وفي حرف زينا خلاف ومظهر  هشام بصاد حرفه ومتحمل

C) Apabila huruf t  ta'nis yang sukun  bertemu dengan enam huruf berikut yang berbaris
(ج, ظ, ص,ث, س) maka Abu `Arnru akan mengidghamkannya.
Contoh:   كذبتْ ثمود   menjadi     كذبت ثّمود 
Dalil as-Syatibi dalam bab Ta' Ta'nis:
وابت سنا ثعر صفت زرق ظلمه  جمعن ورودا باردا عطر الطلا
فإظهاره در نمته بدوره   وادغم ورش ظافرا ومخولا
واظهار كهف وافر سيب جوده  زكى وفى عصره ومحللا
واظهر راويه هشام لهدمت  وفى وجيت خلف ابن ذكوان يفتلا

D) Abu `Amru hanya mengidghamkan huruf lam
pada kalimahهل  apabila bertemu huruf ت yang berbaris di dua tempat sahaja iaitu :
i.             Surah al-Mulk   هل ترى من
ii.            Surah al-Haqqah              هل ترى لهم
Dalil as-Syatibi dalam bab Lam Hal wa Bal:
وفى هل ترى الإدغام حب وحملا
I0. Mengidghamkan huruf ت ke dalam huruf ذ di dalam kalimah إتخذتم
Contoh: ثم أخذْتها  menjadi ثم أخذتّها 

Dalil as-Syatibi dalam bab Huruf Qurubat Makharijiha:
اتخذتموا اخذتم وفى الأفراد عاشرا دغفلا

11. Bab Fatah, Taklil dan Imalah.
A) Abu `Amru akan mengimalahkan semua kalimah yang hujungnya ada huruf ra  dan selepasnya ada
alif  kecil (Zawatil Ya).
Contoh: بشرى   
Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah:
وما بعد راع شاع حكما

B) Abu `Amru akan mentaklilkan semua kalimah yang wazannya  فَعلى atau فِعلى  atau فُعلى
Contoh:سَلوى, عيسى, مُسى

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah:
وكىف اتت فعلى وأخر اي ما  تقدم للبصرى سوى راهما اعتلا           

C) Abu 'Amu akan mentaklilkan semua kalimah di hujung ayat pada sebelas surah berikut kecuali jika
hujung kalimah tersebut ada huruf ra dan
selepasnya ada alif kecil (Zawatil Ya'), maka
Abu Amru akan membaca dengan imalah seperti contoh (A) di atas.

Surah-surah tersebut ialah:
i.             Toha
ii.            An Najm
iii.           Al Maa'rij
iv.           Al Qiyamah
v.            An Naziat
vi.           `Abasa
vii.          Al Ala'
viii.         As Syams
ix.           Al Lail
x.            Ad Dhuha
xi.           Al `Alaq

Dalil as-Syatibi dalam bab Fath wal Imalah:
ومما املاة اواخر اى ما  بطه واى النجم كى تتعدلا
وفى الشمس والأعلى وفى الليل والضحى  وفى إقرأ وفى النازعات تميلا
ومن تحتها ثم القيامه ثم فى  المعارج يا منهال افلعات منهلا

D) Abu `Amru akan mengimalahkan kalimah yang hujungnya ada huruf ra yang berbaris bawah
dan sebelum huruf ra ada huruf alif

Contoh: النار
Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah:
وفى ألفات قبل راطرف اتت  بكسرى أمل تدعى حميدا وتقبلا
كأبصارهم والدار ثم الحمار  مع حمارك والكفار واقتس لتنضلا
ومع كافرين الكافرين بيائه
E) Abu `Amru juga akan mengimalahkan kalimah    كافرين dan الكافرين 
Dalil as Syatibi dalam bab Fath wal Imalah:
وفى ألفات قبل راطرف اتت  بكسرى أمل تدعى حميدا وتقبلا
كأبصارهم والدار ثم الحمار  مع حمارك والكفار واقتس لتنضلا
ومع كافرين الكافرين بيائه

F)  Duri Abu `Amru akan mengimalahkan
kalimah الناس dengan syarat huruf sin mestilah berbaris
bawah dan sebelumnya ada huruf alif.

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah
وخلفهم فى الناس فى الجار حصلا

12. Bab Ya Idhofah
Abu `Amru membariskan huruf ya idhofah
yang mati            kepada berbaris atas apabila bertemu dengan hamzah, jika:
A)           Huruf hamzah tersebut berbaris atas.
Contoh: إنىْ أعلم kepada إنيَ أعلم

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya' al-Idofah:
فتسعون مع همزبفتح وتسعها  سما
B)           Hamzah tersebut berbaris bawah.
Contoh:  بناتىْ ان                 kepada بناتيَ ان .

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya' al-Idofah:
وثنتان مع خمسين مع كسر همزة  بفتح أولى حكم

13 Abu `Amru akan mematikan huruf (ه) pada semua kalimah (هو) atau ( هي ) jika kalimah tersebut didahului
oleh huruf lam atau wau atau fa.            
Contoh:لهْو, وهْو, فهْو 

Dalil as-Syatibi dalam bab Surah al-Baqarah:
وها هو بعد الواو والفا ولا مها   وها هى أسكن راضيا بارداحلا


14. Imam Abu `Amru akan membaca dengan Imalah pada:
A) Huruf Ra' pada semua awal surah yang
bermula (الر) pada iaitu awal Surah Yunus, Hud,
Yusuf, Ibrahim, Hijr, dan(المر)  pada awal Surah ar¬Ra'du.

Dalil as-Syatibi di dalam bab surah Yunus:
وإضجاع را كل الفواتح ذكره   حمى غير حفص

B)           Huruf ha' pada awal Surah Toha (طه)
Dalil as-Syatibi dalam bab surah Yunus:
وتحت جنى حلاثفا صادقا 

C)           Huruf ha' pada awal Surah Maryam (كهيعص)
 Dalil as-Syatibi dalam bab surah Yunus:
وها صف رضى حلوا

D) Pada huruf haa pada semua awal surah yang
bermula dengan (حم) , Abu `Amru akan membaca dengan taklil.
Dalil as-Syatibi dalam bab Surah Yunus:
وحا جيده حلا

E) Pada Kalimah Taurah(التورة)

Dalil as-Syatibi dalam bab Surah Ali Imran:
واضجاعك التوراة مارد حسنه   وقلل فى جود وبالخاق بللا
Sekiranya pada manhaj ini disebut "Abu Amru" maka manhaj tersebut merangkumi manhaj "Dufi" dan "Susi" tetapi jika sekiranya disebut "Duni" maka manhaj tersebut hanya untuk "Dufi" sahaja dan "Susi" tidak mengikut manhaj tersebut. Contoh seperti manhaj 11 (F). Begitu jua bila disebut manhaj "Susi" maka "Duni" tidak akan mengikuti manhaj tersebut. Contoh seperti manhaj 4.




No comments:

Post a Comment