1. Membaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang
ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan
yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk
masa sekarang ataupun masa hadapan anda.
2. Membaca adalah satu senaman minda. Anda
akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh
kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh
badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la
juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan
melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel
dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya
membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.
3. Jika anda rajin membaca anda akan
mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya
dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus
adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun
masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu
masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu
dengan tenang.
4. Membaca akan meningkatkan memori anda.
Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah.
Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk
di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu
meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan
permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih
lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan
kekuatan memori anda.
5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah
sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang
yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan
masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa
tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda
ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan
aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan
meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak
selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin
untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
6. Apabila anda rajin membaca ia akan
meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Anda seorang yang
rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda
inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang
lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia
menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih
kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya
anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan.
Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba
cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila
anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda
akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.
8. Membaca akan mengurangkan stress atau
tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah
pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat
melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang
menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan
dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari
keluar tekanan dan stres.
9. Rajin membaca akan meningkatkan skil
membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat
skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu.
Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda
sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda
tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus
membaca.
10. Membantu anda berkomunikasi dengan
lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari
banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi.
Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan
dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan
merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa
yang anda tahu.
Best 5 Merit Casino - XN
ReplyDeleteIn this review, งานออนไลน์ we will share the different bonuses, payment methods, payout speed, and different features of Merit 인카지노 Casino. 메리트 카지노 주소