HEARTBEAT
Saturday, April 7, 2012
Tuesday, March 13, 2012
fadhilat surah yassin
Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk di baca ke atas orang yang mati."
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun sebahagian ulamak hadith telah mempersoalkan sebahagian daripada riwayatnya.)
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk di baca ke atas orang yang mati."
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun sebahagian ulamak hadith telah mempersoalkan sebahagian daripada riwayatnya.)
Foeut Rorset
COLOURLESS TIGER
Once upon a time, there was a colourless Tiger.
All this shades were greys, black and white.
So much so, that he seemed like something out of an old black and with
movie.
His lack of colour had made him so famous the world greatesters had come
to his zoo try to put some colour on him.
None of them succeeded, as the colour world always just drip down off
this skin.
Then along come Van Cough the crazy painter, He was a strange gay who
travelled all about, happily painting with his brush, well,it world be more
accurate to say that he moved his brush about, as if t paint; because he never
put paint on his brush, and neither did he use canvas or paper.
He painted the air, and that’s why they called him Van Cough.
So, when he said he wanted to paint the colourless tiger, everyone had
ago laugh.
And seeing how sad the tiger had be in his captivity, and how joyful the
tiger now seemed at the prospect of feedom, the zoo authorities transported him
the forest and set him free, where never again world he lose his colour.
manhaj abu amru
Manhaj (cara) bacaan Abu `Amru:
I. Membaca Basmalah dan tanpa Basmalah (saktah wasol) antara
dua surah kecuali antara surah al-Anfal dam surah at-Taubah (tanpa Basmalah).
Dalil as-Syatibi dalam bab Basmalah:
وصل واسكتن كل جلا ياه حصلا
ولا نص كلا حب وجه ذكرته
2. Menghazafkan
alif pada kalimah ( مالك ) di dalam surah al-Fatihah menjadi (ملك)
Dalil as-Syatibi dalam bab Ummul Quran:
وملك يوم الدين راويه ناصر
3. Apabila
mim jama' bertemu dengan dengan hamzah wasol dan selepasnya terdapat huruf yang
berbaris sukun
dan sebelum mim jama' ada huruf ha', dan sebelum huruf ha'
ada huruf ya yang berbaris sukun atau huruf yang berbaris bawah, maka bacaan
Abu akan membarisbawahkan (7) huruf mim jama' tersebut. Contoh:
عَلَيهِمُ القِتَال kepada عَلَيهِمِ القِتَال
بِهِمُ الأَسْبَاب kepada بِهِمِ الأَسْبَاب
إليهمُ اثنتين kepada اليهمِ اثنتين
وأخذهمُ الربوا kepada وأخذهمِ الربوا
Dalil as-Syatibi dalam bab Ummul Quran:
وبعد الهاء كسر فتى العلا مع
الكسر الهاء او الياء ساكنا
4 Idgham
Kabir
A) Idgham
terbahagi kepada dua iaitu soghir (kecil) dan kabir (besar).
B) Idgham
kabir (besar) ialah apabila dua huruf berbaris.
C) Idram
soghir (kecil) apabila huruf yang pertama sukun dan yang kedua berbaris.
D) Bacaan
Idgham kabir hanya diriwayatkan dan dibaca oleh Susi sahaja dan tidak dibaca
oleh Duni.
E) Susi
hanya membaca Idgham kabir yang terdapat dua huruf yang sama di dalam satu
kalimah pada dua tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu:
مَنَاسِكَكُم dibaca مَنَاسِككُّم dalam surah al-Baqarah dan سلكَكُم ما menjadi
سلككُم ما dalam surah muddasir
Dalil as-Syatibi dalam bab Idgham Kabir:
ودونك الأدغام الكبير وقطبه
ابو عمرو البصري فيه تحفلا
F) Susi. membaca idgham kabir apabila bertemu 2
huruf yang sama (mislain) dalam dua kalimah.
Contoh :
يعلمُ ما dibaca يعلم مَّا
فيهِ هُدى dibaca فيه هُّدًى
Jika sekiranya pada kalimah yang pertama itu ada huruf mad
asli atau mad lin, maka dibolehkan untuk membaca dengan tiga cara iaitu 2
harakat, 4 harakat atau 6 harakat seperti cara mad a'rid lisukun.
Dalil as-Syatibi dalam bab Idgham Kabir:
وما كان من مثلين فى كلمتيهما
فلا بد من ادغام ما كان اول
G) Susi tidak akan membaca dengan idgham kabir pada empat
perkara berikut :
i. Jika
huruf yang pertama di dalam 2 kalimah adalah
huruf ta’ mutakallim.
Contoh: كنتُ تُرابا
ii. Jika
huruf yang pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf ta’ mukhotob.
Contoh:
تكره الناس أفأنتَ
iii. Jika
huruf yang pertama di dalam 2 kalimah bertanwin.
Contoh: واسعٌ عليهم
iv. Jika
huruf yang pertama di dalam 2 kalimah bertasydid.
Contoh: فتمَّ ميقات
Dalil as-Syatibi dalam bab Idgham Kabir:
اذا لم يكن تا مخبر او مخاطب
أو المكتسى تنوينه أو مثقلا
H) Susi juga membaca idgham kabir apabila bertemu huruf yang
sama makhrajnya (mutajanisain) dan huruf yang berdekatan (mutakoribain) dalam
dua kalimah.
Contoh: Mutajanisan
فى المساجدِ تِلك
dibaca فى المساجد تِّلك
Mutakoribain: وشهِد شَّاهد dibaca
وشهدَ شَاهد
Dalil as-Syatibi dalam bab Idgham Harfaini Mutaqpribaini fi
Kalimah wa fi Kalimataini:
وإن كلمة حرفان فيها تقربا فإدغامه
I) Susi tidak akan membaca dengan idgham kabir mutajanisain
dan mutakoribain pada empat perkara berikut:
i. Jika
huruf pertama di dalam 2 kalimah bertanwin. Contoh:فى ظلمتٍ ثلث
ii. Jika
huruf pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf ta’ khitob
Contoh: خلقتَ طينا
iii. Jika huruf
pertama di dalam 2 kalimah majzum. Contoh:ولم يؤْت سعة
iv. Jika
huruf pertama di dalam 2 kalimah bertasydid. Contoh: أشدَّ ذكرًا
Dalil dari asSyatibi dalam bab Idgham Harfaini Mutaqoribaini
fi Kalimah wa fi Kalimataini:
اذا لم ينون او يكن تا مخاطب
وما ليس مجزوما متثقلا
5. Bab Mad
A) Mad Muttasil – Abu Amru membaca dengan 4
harakat.
Contoh:جاء
Dalil as-Syatibi dalam bab al-Mad wal Qasr:
اذا الف او ياؤها بعد كسرة او
واوعن ضم لقي الهمز طولا
B) Mad
Munfasil - Dun Abu Amru membaca dengan 2 dan 4 harakat ) manakala Susi membaca
dengan 2 harakat sahaja.
Contoh:يأيها
Dalil as-Syatibi dalam bab Mad wal Qasr:
فان ينفصل فالقصر بادره طالبا
بخلفهما يرويك درا ومخضلا
6. Apabila terdapat dua hamzah Qato' dalam satu kalimah,
maka Abu `Amru akan membaca dengan tashil pada hamzah Qato' yang kedua dan
idkhol pada hamzah Qato' yang pertama.
Contoh:ءأنذرتهم
Dalil tashil daripada as-Syatibi dalam bab Hamzataini min
Kalimah
وتسهيل اخرى همزتين بكلمة سما
Dalil idkhol daripada as-Syatibi dalam bab Hamzataini min
Kalimah
ومدك قبل القتح والكسر
حجة بها لذ
Seandainya hamzah Qato' yang pertama berbaris atas dan
hamzah Qato' yang kedua berbaris depan, maka Abu `Amru akan membaca dengan 2
wajah iaitu Tashil tanpa idkhol dan Tashil dengan idkhol
Contoh: أؤنبئكم
7. A) Apabila terdapat dua hamzah Qato' yang sama barisnya
dalam dua kalimah samada baris atas, baris bawah, atau baris hadapan, maka Abu
Amru akan menggugurkan hamzah Qato' yang pertama.
Contoh:
Baris atas: جاء أمرنا Baris bawah :من السماء إن Baris depan :اولياء اولئك
Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini:
واسقط الاولى في اتفقهما معا
اذا كانتا من كلمتين فتى العلا
* Apabila telah digugurkan hamzah yang pertama
maka hukumya juga bertukar dari mad muttasil kepada mad
munfasil. Maka kembali kepada kaedah membaca pada hukum mad munfasil untuk Duri
dan Susi.
B) Apabila bertemu dua hamzah Qato' yang
berbeza barisnya di dalam dua kalimah, maka Abu `Amru akan
membaca seperti berikut :
I.
Jika hamzah yang pertama
berbaris atas
dan hamzah kedua berbaris bawah seperti
maka Abu `Amru akan membaca dengan
tashil hamzah yang kedua. Contoh: تفئَ إِلى
ii. Jika
hamzah yang pertama berbaris atas
dan hamzah kedua berbaris depan seperti maka Abu `Amru akan
membaca dengan tashil hamzah yang kedua. Contoh: جاءَ أُمة
iii. Jika
hamzah yang pertama berbaris depan dan hamzah kedua berbaris atas seperti maka
Abu `Amru akan membaca dengan ibdal hamzah yang kedua. Contoh: السفهاءُ أَلا
iv. Jika
hamzah yang pertama berbaris bawah dan hamzah kedua berbaris atas seperti, maka
Abu `Amru akan membaca dengan ibdal hamzah yang kedua kepada huruf ya. Contoh: من السماءِ أَوائتنا
v. Jika
hamzah yang pertama berbaris depan dan hamzah kedua berbaris bawah seperti (يشاء الى) maka Abu
`Amru akan membaca dengan dua wajah, iaitu:
a) Tashil
hamzah yang kedua.
b) Ibdal
hamzah yang kedua dengan wau
Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini:
وتسهيل الأخرى فى اختلافهما سما
تفئ الي مع جاء امة
8. Dalam bab Hamzah Mufrad, Susi akan mengibdalkan
huruf hamzah sama ada yang terletak pada wazan fa
feel atau ain feel atau lam feel. Contoh: يؤمنون menjadi يومنون
Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzah Mufrad:
ويبدل للسوسي كل مسكن من الهمز
مدا غير مجزوم إهملا
9.Bab idgham soghir
A) Apabila huruf zal yang sukun pada
kalimah (إذ) bertemu dengan enam huruf berikut
yang berbaris iaitu(ج, س, د, ص, ز, ت)
maka Abu
`Amru akan mengidghamkannya.
Dalil as-Syatibi dalam bab Dzal Iz:
نعم إذ تمشت زينب صال دلها سمي
جمال واصلا من توصلا
فإظهار ها اجرى دوام نسيمها اظهر
ريا قوله واصف جلا
وأدغم ضنكا واصل نوم دره وأدغم
مولى وجده دائم ولا
B) Apabila huruf dal yang sukun pada
kalimah (قد) bertemu dengan lapan huruf berikut
yang berbaris iaitu(ش, ص, ج, ز, ظ, ض, ذ, س)
maka
Abu `Amru akan mengidghamkannya.
Dalil as-Syatibi dalam bab Dal Qad:
وقد سبحت ذيلا ضفا ظل وزنب جلته
صباه شائقا ومعللا
فأظهارا نجم بدا دل واضحا وأدغم
ورش ضر ظمان وامتلا
وأدغم مرو واكف ضير ذابل زوى
ظله وغر تسداه كلكلا
وفي حرف زينا خلاف ومظهر هشام
بصاد حرفه ومتحمل
C) Apabila huruf t
ta'nis yang sukun bertemu dengan
enam huruf berikut yang berbaris
(ج, ظ, ص,ث, س) maka Abu `Arnru akan mengidghamkannya.
Contoh: كذبتْ ثمود menjadi
كذبت ثّمود
Dalil as-Syatibi dalam bab Ta' Ta'nis:
وابت سنا ثعر صفت زرق ظلمه جمعن
ورودا باردا عطر الطلا
فإظهاره در نمته بدوره وادغم
ورش ظافرا ومخولا
واظهار كهف وافر سيب جوده زكى
وفى عصره ومحللا
واظهر راويه هشام لهدمت وفى وجيت
خلف ابن ذكوان يفتلا
D) Abu `Amru hanya mengidghamkan huruf lam
pada kalimahهل
apabila bertemu huruf ت yang berbaris di dua tempat sahaja iaitu :
i. Surah
al-Mulk هل ترى من
ii. Surah
al-Haqqah هل ترى لهم
Dalil as-Syatibi dalam bab Lam Hal wa Bal:
وفى هل ترى الإدغام حب وحملا
I0. Mengidghamkan huruf ت ke dalam huruf ذ
di dalam kalimah إتخذتم
Contoh: ثم أخذْتها menjadi ثم أخذتّها
Dalil as-Syatibi dalam bab Huruf Qurubat Makharijiha:
اتخذتموا اخذتم وفى الأفراد عاشرا دغفلا
11. Bab Fatah, Taklil dan Imalah.
A) Abu `Amru akan mengimalahkan semua kalimah yang hujungnya
ada huruf ra dan selepasnya ada
alif kecil (Zawatil
Ya).
Contoh: بشرى
Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah:
وما بعد راع شاع حكما
B) Abu `Amru akan mentaklilkan semua kalimah yang
wazannya فَعلى atau فِعلى atau فُعلى
Contoh:سَلوى, عيسى, مُسى
Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah:
وكىف اتت فعلى وأخر اي ما تقدم
للبصرى سوى راهما اعتلا
C) Abu 'Amu akan mentaklilkan semua kalimah di hujung ayat
pada sebelas surah berikut kecuali jika
hujung kalimah tersebut ada huruf ra dan
selepasnya ada alif kecil (Zawatil Ya'), maka
Abu Amru akan membaca dengan imalah seperti contoh (A) di
atas.
Surah-surah tersebut ialah:
i. Toha
ii. An Najm
iii. Al
Maa'rij
iv. Al
Qiyamah
v. An Naziat
vi. `Abasa
vii. Al Ala'
viii. As Syams
ix. Al Lail
x. Ad Dhuha
xi. Al `Alaq
Dalil as-Syatibi dalam bab Fath wal Imalah:
ومما املاة اواخر اى ما بطه واى
النجم كى تتعدلا
وفى الشمس والأعلى وفى الليل والضحى
وفى إقرأ وفى النازعات تميلا
ومن تحتها ثم القيامه ثم فى المعارج
يا منهال افلعات منهلا
D) Abu `Amru akan mengimalahkan kalimah yang hujungnya ada
huruf ra yang berbaris bawah
dan sebelum huruf ra ada huruf alif
Contoh: النار
Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah:
وفى ألفات قبل راطرف اتت بكسرى
أمل تدعى حميدا وتقبلا
كأبصارهم والدار ثم الحمار مع
حمارك والكفار واقتس لتنضلا
ومع كافرين الكافرين بيائه
E) Abu `Amru juga akan mengimalahkan kalimah كافرين dan الكافرين
Dalil as Syatibi dalam bab Fath wal Imalah:
وفى ألفات قبل راطرف اتت بكسرى
أمل تدعى حميدا وتقبلا
كأبصارهم والدار ثم الحمار مع
حمارك والكفار واقتس لتنضلا
ومع كافرين الكافرين بيائه
F) Duri Abu `Amru
akan mengimalahkan
kalimah الناس dengan syarat huruf sin mestilah berbaris
bawah dan sebelumnya ada huruf alif.
Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah
وخلفهم فى الناس فى الجار حصلا
12. Bab Ya Idhofah
Abu `Amru membariskan huruf ya idhofah
yang mati kepada
berbaris atas apabila bertemu dengan hamzah, jika:
A) Huruf
hamzah tersebut berbaris atas.
Contoh: إنىْ أعلم kepada إنيَ أعلم
Dalil as-Syatibi dalam bab Ya' al-Idofah:
فتسعون مع همزبفتح وتسعها سما
B) Hamzah
tersebut berbaris bawah.
Contoh: بناتىْ ان kepada بناتيَ ان .
Dalil as-Syatibi dalam bab Ya' al-Idofah:
وثنتان مع خمسين مع كسر همزة
بفتح أولى حكم
13 Abu `Amru akan mematikan huruf (ه) pada semua
kalimah (هو) atau ( هي ) jika kalimah tersebut didahului
oleh huruf lam atau wau atau fa.
Contoh:لهْو, وهْو, فهْو
Dalil as-Syatibi dalam bab Surah al-Baqarah:
وها هو بعد الواو والفا ولا مها
وها هى أسكن راضيا بارداحلا
14. Imam Abu `Amru akan membaca dengan Imalah pada:
A) Huruf Ra' pada semua awal surah yang
bermula (الر) pada iaitu awal Surah Yunus, Hud,
Yusuf, Ibrahim, Hijr, dan(المر) pada awal Surah ar¬Ra'du.
Dalil as-Syatibi di dalam bab surah Yunus:
وإضجاع را كل الفواتح ذكره حمى
غير حفص
B) Huruf ha'
pada awal Surah Toha (طه)
Dalil as-Syatibi dalam bab surah Yunus:
وتحت جنى حلاثفا صادقا
C) Huruf ha'
pada awal Surah Maryam (كهيعص)
Dalil as-Syatibi
dalam bab surah Yunus:
وها صف رضى حلوا
D) Pada huruf haa pada semua awal surah yang
bermula dengan (حم) , Abu `Amru akan membaca dengan taklil.
Dalil as-Syatibi dalam bab Surah Yunus:
وحا جيده حلا
E) Pada Kalimah Taurah(التورة)
Dalil as-Syatibi dalam bab Surah Ali Imran:
واضجاعك التوراة مارد حسنه وقلل
فى جود وبالخاق بللا
Sekiranya pada manhaj ini disebut
"Abu Amru" maka manhaj tersebut
merangkumi manhaj "Dufi" dan "Susi" tetapi jika sekiranya disebut "Duni" maka manhaj
tersebut hanya untuk "Dufi"
sahaja dan "Susi" tidak mengikut manhaj tersebut. Contoh seperti manhaj 11 (F). Begitu jua
bila disebut manhaj "Susi" maka
"Duni" tidak akan mengikuti manhaj tersebut. Contoh seperti manhaj 4.
Monday, March 12, 2012
faedah membaca
1. Membaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang
ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan
yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk
masa sekarang ataupun masa hadapan anda.
2. Membaca adalah satu senaman minda. Anda
akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh
kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh
badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la
juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan
melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel
dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya
membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.
3. Jika anda rajin membaca anda akan
mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya
dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus
adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun
masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu
masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu
dengan tenang.
4. Membaca akan meningkatkan memori anda.
Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah.
Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk
di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu
meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan
permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih
lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan
kekuatan memori anda.
5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah
sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang
yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan
masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa
tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda
ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan
aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan
meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak
selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin
untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
6. Apabila anda rajin membaca ia akan
meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Anda seorang yang
rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda
inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang
lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia
menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih
kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya
anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan.
Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba
cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila
anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda
akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.
8. Membaca akan mengurangkan stress atau
tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah
pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat
melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang
menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan
dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari
keluar tekanan dan stres.
9. Rajin membaca akan meningkatkan skil
membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat
skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu.
Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda
sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda
tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus
membaca.
10. Membantu anda berkomunikasi dengan
lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari
banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi.
Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan
dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan
merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa
yang anda tahu.
Subscribe to:
Posts (Atom)